Saturday 26 November 2011

Hai SEOUL!! Annyeong ^__^

LOTTE WORLD

Lotte World merupakan taman tema yang terletak di SEOUL. Ianya terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian dalam (indoor) dan juga bahagian luar(outdoor). Menjadi tempat tumpuan pelancong dan juga rakyat tempatan kerana kedudukannya yang strategik dan senang untuk dicari, iaitu dihubungkan oleh Stesen Jamsil (subway line 2). Lotte World juga merupakan tempat pengambaraan drama popular korea "Stairway to heaven".

Bahagian dalam (indoor)
Bahagian luar (outdoor)
Bahagian luar (outdoor)

Lotte world di kala malam

NAMI ISLAND

Sememangnya kunjungan ke bumi sonata ini tidak lengkap tanpa melawati Nami Island, tempat yang menjadi tumpuan pelancong terutamanya yang meminati drama "Winter Sonata". Menjanjikan pemandangan yang amat cantik di kala daun kekuning-kuningan (musim luruh) dan salji menghiasi lantai tanah (musim sejuk). Jom!!

Musim panas

Musim luruh

Musim sejuk

SEOUL TOWER

Merupakan tempat pengambaraan banyak drama dan program realiti tv Korea antaranya drama "Boys over flower", "My lovely Samsoon", "We got married", "Running men", "Infinity Challenge" dan lain-lain lagi ^^

Pemandangan di kala siang

Pemandangan malam

Kekunci cinta yang mengunci kemas Seoul tower

zoom in NSeoul tower

ITAEWON

Di sini terletaknya Seoul Central Mosque, tempat berkumpulnya orang-orang Islam dari pelbagai negara ketika solat Jumaat khususnya. Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal di Korea kerana di sini terdapat banyak restoran halal yang menyediakan masakan Turki, Pakistan, India, Arab dan sebagainya. Itaewon juga merupakan tempat untuk mendapatkan bekalan daging halal untuk dimasak..

Masjid besar Seoul

 Makanan halal di Itaewon


CHEONGYE STREAM



Anak sungai yang dulunya sangat kotor, kini menjadi salah satu tarikan di tengah-tengah kota selepas dipulihkan. Menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.


Pemandangan malam

BUKCHON HANOK VILLAGE


Seperti namanya Bukchon Hanok Village ialah perkampungan Korea, di mana bangunan dan rumah-rumah di sini masih mengekalkan senibina tradisi Korea. Menjanjikan tarikan yang tersendiri dan amat sesuai untuk mengambil gambar.



Pemandangan di musim sejuk

HAN RIVER


Night views
Sungai ini terletak di tengah-tengah kota raya Seoul, bersebelahan 63 Building dan terdapat lebih daripada 25 jambatan yang merentasinya.
Antara tarikan utama di sini ialah Han River Park, Han River Cruise, Banpo bridge dan banyak lagi. Han river park menjadi tempat tumpuan masyarakat Korea untuk riadah, berkelah, bersiar-siar dan sebagainya. Anda juga boleh menaiki Han River Cruise selama lebih kurang 1jam dan anda berpeluang melihat Banpo bridge di mana di sinilah terdapat pancutan air seolah-olah air terjun. Pemandangan yang sangat memukau di waktu malam.

Han River Park

Banpo Bridge

Cherry blossom at Han River

63 BUILDING

 Pemandangan di waktu siang


Pemandangan malam

Bangunan ini cukup dikenali, mungkin kerana drama Korea "My girl" yang memperkenalkannya. Terletak berhampiran Sungai Han (Han river), ianya menjadi antara mercu tanda kota raya Seoul. Kedudukannya yang strategik memudahkan pelancong dan juga rakyat tempatan sendiri datang untuk mengambil gambar serta bersiar-siar/berkelah bersama orang yang tersayang ^__^

NAMDAEMUN MARKET


Tidak lengkap perjalanan tanpa membeli-belah bukan? Pastinya kunjungan anda ke Korea tidak sah tanpa membeli-belah di Namdaemun market. Seperti Central Market di Malaysia, di sini menjual berbagai-bagai jenis barang daripada perhiasan diri, pakaian, cenderahati sehinggalah kepada barang keperluan harian. Namdaemun market juga menjadi tumpuan pelancong Malaysia kerana menjanjikan pelbagai jenis kerongsang dan perhiasan diri seperti rantai, gelang, cincin dan banyak lagi. Semestinya kunjungan anda ke sini tidak akan sia-sia dengan tawaran harga yang sangat-sangat berpatutan. Jom!!


Pelbagai jenis kerongsang


Cenderahati sebagai tanda kenangan

Thursday 24 November 2011

MYEONGDONG


Butik SPAO


Untuk mereka yang ingin membeli-belah dengan bajet yang besar, Myeongdong menawarkan pelbagai jenis barang berjenama seperti ZARA, UNIQLO, FOREVER21, GAP, GIORDANO dan banyak lagi. Kepada mereka yang meminati Super Junior dan Girls Generation, di sini anda boleh mendapatkan barang-barang mereka seperti cakera padat, poster, baju dan lain-lain di butik SPAO. Apa lagi yang anda tunggu? Mari bersama kami ^____^