Assalamualaikum. Mari bercuti ke Korea bersama kami. Kami akan cuba menjadikan impian anda ke Korea menjadi kenyataan ^______^
Saturday, 26 November 2011
LOTTE WORLD
Lotte World merupakan taman tema yang terletak di SEOUL. Ianya terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian dalam (indoor) dan juga bahagian luar(outdoor). Menjadi tempat tumpuan pelancong dan juga rakyat tempatan kerana kedudukannya yang strategik dan senang untuk dicari, iaitu dihubungkan oleh Stesen Jamsil (subway line 2). Lotte World juga merupakan tempat pengambaraan drama popular korea "Stairway to heaven".
Bahagian dalam (indoor) |
Bahagian luar (outdoor) |
Bahagian luar (outdoor) |
Lotte world di kala malam |
NAMI ISLAND
Sememangnya kunjungan ke bumi sonata ini tidak lengkap tanpa melawati Nami Island, tempat yang menjadi tumpuan pelancong terutamanya yang meminati drama "Winter Sonata". Menjanjikan pemandangan yang amat cantik di kala daun kekuning-kuningan (musim luruh) dan salji menghiasi lantai tanah (musim sejuk). Jom!!
Musim panas |
Musim luruh |
Musim sejuk |
SEOUL TOWER
Merupakan tempat pengambaraan banyak drama dan program realiti tv Korea antaranya drama "Boys over flower", "My lovely Samsoon", "We got married", "Running men", "Infinity Challenge" dan lain-lain lagi ^^
Pemandangan di kala siang |
Pemandangan malam |
Kekunci cinta yang mengunci kemas Seoul tower |
zoom in NSeoul tower |
ITAEWON
Di sini terletaknya Seoul Central Mosque, tempat berkumpulnya orang-orang Islam dari pelbagai negara ketika solat Jumaat khususnya. Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan halal di Korea kerana di sini terdapat banyak restoran halal yang menyediakan masakan Turki, Pakistan, India, Arab dan sebagainya. Itaewon juga merupakan tempat untuk mendapatkan bekalan daging halal untuk dimasak..
Masjid besar Seoul |
Makanan halal di Itaewon
CHEONGYE STREAM
BUKCHON HANOK VILLAGE
HAN RIVER
Night views |
Antara tarikan utama di sini ialah Han River Park, Han River Cruise, Banpo bridge dan banyak lagi. Han river park menjadi tempat tumpuan masyarakat Korea untuk riadah, berkelah, bersiar-siar dan sebagainya. Anda juga boleh menaiki Han River Cruise selama lebih kurang 1jam dan anda berpeluang melihat Banpo bridge di mana di sinilah terdapat pancutan air seolah-olah air terjun. Pemandangan yang sangat memukau di waktu malam.
Han River Park |
Banpo Bridge |
Cherry blossom at Han River
63 BUILDING
Pemandangan di waktu siang
Pemandangan malam |
NAMDAEMUN MARKET
Tidak lengkap perjalanan tanpa membeli-belah bukan? Pastinya kunjungan anda ke Korea tidak sah tanpa membeli-belah di Namdaemun market. Seperti Central Market di Malaysia, di sini menjual berbagai-bagai jenis barang daripada perhiasan diri, pakaian, cenderahati sehinggalah kepada barang keperluan harian. Namdaemun market juga menjadi tumpuan pelancong Malaysia kerana menjanjikan pelbagai jenis kerongsang dan perhiasan diri seperti rantai, gelang, cincin dan banyak lagi. Semestinya kunjungan anda ke sini tidak akan sia-sia dengan tawaran harga yang sangat-sangat berpatutan. Jom!!
Pelbagai jenis kerongsang |
Cenderahati sebagai tanda kenangan |
Thursday, 24 November 2011
MYEONGDONG
Untuk mereka yang ingin membeli-belah dengan bajet yang besar, Myeongdong menawarkan pelbagai jenis barang berjenama seperti ZARA, UNIQLO, FOREVER21, GAP, GIORDANO dan banyak lagi. Kepada mereka yang meminati Super Junior dan Girls Generation, di sini anda boleh mendapatkan barang-barang mereka seperti cakera padat, poster, baju dan lain-lain di butik SPAO. Apa lagi yang anda tunggu? Mari bersama kami ^____^
Subscribe to:
Posts (Atom)